Kaki Bola. Kreatif untuk Bisnes

Bismillah..

idea kreatif perniagaan

Sekarang ni peluang bersosial sudah menjadi semakin luas. Dulu kami para IM mahupun pengguna internet jika nak bersosial kena pergi ke forum-forum online, kemudian ramai dah beralih ke media sosial yang tumbuh seperti Myspace, Facebook, Twitter dan kini dengan luasnya pengguna melayari internet menggunakan handphone telah pun ada Whatsapp, Telegram dan banyak lagi.


Akan datang? Tak tau lagi.

Lebih sepuluh tahun dulu mungkin 15 tahun macam tu la.. Saya dah ada handphone. Saya cakap kat aweks saya handphone ni setakat ni ajela fungsi dia, cuma boleh call dan sms je. Saya tersilap. Agaknya sebab tu la jodoh tak sampai dengan aweks saya tu.. huhuhu..

Jadi beberapa hari yang lepas, dalam satu grup whatsapp ada la kawan buat pengumuman untuk kaki bola bagi menonton siaran... Err.. siaran apa heh? Lupa daa.. takpelah. So, saya-kan orang seni dan kreatif (masuk bakul angkat sendiri) hehe.. Jadi saya carilah kat internet gambar betul-betul 'kaki bola', kaki yang berbentuk bola la untuk menceriakan lagi grup tu. Cari, tak jumpa daa..

Saya fikir, ini peluang saya, saya desain ringkas, letak la domain laman blog saya ni dan saya masukkan ke grup whatsapp saya tadi. Sambil gelak, sambil promosi.. Kannn.. 2 in 1 tu tanpa prasangka berat rakan-rakan grup. Jadi bila saya masukkan ke blog post macam ni, gambar ini akan jadi yang pertama di internet dan mungkin bila ada pengguna internet yang suka, mereka akan download dan gunakan ke media-media sosial kemudian menjadi viral...

Amacam? Ok tak idea saya tu?

Sebenarnya ini adalah idea biasa digunakan oleh otai-otai bisnes. Orang bisnes yang berjaya sentiasa mencari peluang dan mencipta peluang. So, optimumkan kesemuanya yang kita ada seperti ilmu, idea, bakat, kemahiran dan pengalaman yang kita ada untuk pelaburan gemilang bisnes anda.

Jumpa lagi kawan..

Adios! 


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...