Belanjawan 2012 dan Inflasi

Photobucket Image Hosting
Tak perlu saya perkatakan di sini berkenaan belanjawan 2012 yang diumumkan Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak. Walaupun banyak pihak yang berpuashati dan gembira, tetapi masih lagi kedengaran mereka yang kurang berpuas hati itu dan ini. Pada saya itu biasalah.. Ada juga yang saya dengar dari penjawat awam sendiri "Tiap-tiap tahun tu ajela.. Asyik-asyik guru, askar, polis, guru, askar, polis.. Macam jabatan kitorang ni pun banyak bagi sumbangan kewangan buat kerajaan takde pun dibincangkan..?" 

Walau bagaimanapun untuk blog ini saya no komen. Fokus saya adalah.. Jika gaji kita naik sekalipun saban tahun dan juga imbuhan berkali lipat setiap tahun jika kurang bijak menguruskan kewangan ke laut juga.. Inflasi tetap naik walaupun ia boleh dikawal. Cuma kita perlu memikirkan bagaimana kita nak tingkatkan pendapatan. Modal dah ada.. Tu! gaji dah naik.. betul tak.. 

Jadi asingkan lebihan kenaikkan tu sebagai modal untuk jana income yang lebih hebat. Bagaimana? 
Ish banyak.. Kalau tak dapat banyak info di internet ni laburkan sedikit modal bagi mendapatkan panduan yang dibeli dari buku atau ebook perniagaan secara offline atau online dan belajar untuk tambahkan income kerana di internet ni mudah bagi kita nak buat income secara sambilan. 

Kita ikuti tekniknya dengan betul serta tekun dan konsisten, kita akan menghasilkan pendapatan walaupun kita tidak mempunyai produk sendiri sekalipun. Konsep, kaedah dan caranya juga begitu banyak.. Macam-macam ada... Imbangi atau lebihkan lagi pendapatan berbanding inflasi yang meningkat serta buat simpanan untuk masa bersara atau sesuatu perkara yang tidak diduga. Rancangkan sekarang dengan disusuli pula oleh tindakan.

Adios..



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...