Kraf Menjana Ekonomi


Tajuk di atas adalah tema hari kraf kebangsaan tahun 2011. Pameran ini berlangsung dari 23 Februari hingga 7 Mac 2011 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.  Anda boleh layari www.kraftangan.gov.my

Untuk entri kali ini saya sebenarnya nak buktikan kepada anda bahawa apa sahaja kelebihan atau kekuatan yang kita miliki, sepatutnya ia digunakan dengan sebaik mungkin. Ia lebih kepada hobi, minat dan bakat yang ada pada diri kita. Seperti saya, dari hobi, minat dan bakat akan memudahkan kita tonjolkan kreativiti serta membuat sesuatu perkara lain dari yang lain dan akan menjadi peneraju kepada saingan dalam industri kita. Kita lihat pula kepada siapakah peneraju dalam bidang masing-masing.

Peneraju ini akan jadi 'budak-budak besar' yang sukar untuk ditumbangkan oleh pesaing. Sampai bila-bila pun pelanggan sukar untuk melupakan produk bagi peneraju industri masing-masing. Sebagai contoh Coca Cola adalah peneraju kepada syarikat pengeluar minuman cola berkarbonat. Colgate adalah peneraju kepada pengeluar produk ubat gigi. Milo pula peneraju bagi produk minuman bercoklat dan banyak lagi produk atau perkhidmatan yang menjadi peneraju bagi industri masing-masing dan kita sendiri melihat produk-produk tersebut sangat popular dari dahulu hingga kini!

Jadi dengan hobi, minat, bakat dan kekuatan anda jadikan ia sebagai sumber pendapatan anda. Untuk jadi peneraju, berikanlah kelainan. Kreativiti atau inovasikan produk, perkhidmatan atau cara kerja anda. Jika bercakap kepada cara kerja pula ia sangat berkaitan dengan sistem kerja, pembuatan dan pengurusan. Sistem yang dibuat boleh dijadikan modal idea bagi perniagaan francais! Oh, entri kali ini sangat istimewa bagi saya kerana merangkumi semuanya dalam satu. Baiklah sehingga di sini sahaja dahulu. Fikir-fikirkan dimana kekuatan anda kerana ia merupakan sumber idea paling baik menjana pendapatan.

p/s : Semua gambar yang dapat saya muatkan untuk entri kali ini adalah sebahagian dari produk Daya Glokal Enterprise perniagaan milik saya. Produk-produk ini adalah pengkhususan dalam industri seramik dan merupakan produk-produk bisnes SOHO saya.



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...