Tips ubah kepada kejayaan perniagaan


Sudah pasti kita selalu atau pernah berada dalam situasi yang selesa dalam kehidupan kita. Atau jika kita menonton rancangan tv kesukaan kita, dan duduk tanpa banyak mengubah kedudukan kita sudah pasti kita berasa selesa dengan tempat duduk yang kita sedang menonton. Apabila rasa tidak selesa, kita akan mengubah kedudukan kita lebih selesa agar pakej menonton itu akan jadi lebih best! :)

Begitulah juga halnya dengan bisnes. Jika bisnes kita tidak berubah kepada pencapaian yang kita inginkan dan rancangkan maka kita perlu berubah kepada kaedah yang lain. Mungkin kedudukan perancangan kita sebelum ini salah atau kurang sesuai dengan bisnes kita akan menyebabkan perjalanan dan keputusan bagi kejayaan bisnes tidak akan mencapai hasil yang memuaskan. 

Kadang-kadang, kita hanya perlu mengubah sedikit sahaja strategi bisnes kita dan kita akan berjaya mencapai apa yang telah dimatlamatkan. Jadi, apa yang perlu diubah? Saya akan berikan satu tips. Mungkin dengan satu sebab ini sahaja kita tidak berjaya memperolehi kejayaan yang kita mahukan. Ia adalah personaliti. Personaliti akan membentuk jenama kita juga. 

Mungkin personaliti kita kurang menarik, kurang menonjol dan tidak mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh diingati berkenaan kita. Konsisten dengan cara kita dan kaji apa yang orang lain mahukan dari kita, apa yang kita dapat berikan kepada mereka. 

Jika kita tidak punyai personaliti atau imej tersendiri lagi, apa yang perlu dilakukan adalah dengan meniru watak seseorang yang kita kenali yang mempunyai ramai pengikut. Mungkin gaya percakapannya sebagai contoh. Meniru dahulu gaya percakapan mereka-mereka yang berjaya dan yang kita suka yang sesuai dengan kita, jika itu yang kita mahukan (mungkin untuk jadi seorang penceramah)

Banyak menonton, mendengar dan belajar dalam bidang tersebut.  Ia adalah dengan tujuan melatih diri dan saya pasti lama kelamaan kita akan mempunyai cara tersendiri untuk bercakap. Gaya kita bercakap akan menarik orang lain mengenali diri dan menyukai kita. 

Semakin ramai orang yang menyukai kita semakin baik rezeki kita. Sukanya orang pada kita maka Tuhan juga suka kepada kita. Jika sudah Tuhan suka maka kehidupan kita juga akan lebih ceria. InsyaAllah, semoga diberkahi juga olehNya.. Amin.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...