Melangkaui sasaran!

Seseorang pekerja yang bagus, akan mencapai matlamat yang di arahkan majikan tepat pada masanya. Mereka tidak akan menanggung liabiliti bagi sesebuah syarikat yang menggajikan mereka. Tetapi seorang peniaga yang akan berjaya menjalankan kerjanya mengikut matlamat yang telah disasarkan dan mencapainya tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Tetapi pekerja atau peniaga yang cemerlang adalah seseorang yang menyiapkan kerja yang dijadualkan lebih awal dari yang dijangkakan. Bermakna kerja yang biasanya boleh dilakukan dalam masa 3 hari dapat disiapkan dalam masa sehari sahaja tanpa menjejaskan kualitinya. Ini bermakna juga usaha telah digandakan bagi mencapai sasaran dalam masa yang lebih singkat.

Kelebihannya adalah bagi seorang pekerja akan memudahkan mereka mendapat imbuhan dari majikan manakala bagi seorang peniaga mereka boleh meneroka bidang bisnes yang baru bagi menambahkan kejayaan mereka. Ini juga akan memberikan atau menambah kepercayaan dan puashati pelanggan yang tidak akan mustahil memberikan promosi percuma perniagaan kita kepada orang lain.

Banyak kelebihan yang kita akan dapat apabila kita meningkatkan daya usaha ke arah memberikan perkhidmatan lebih pantas kepada orang lain. Berusaha untuk meningkatkan kecekapan kita melangkaui dari apa yang orang lain sangkakan. Cuba juga untuk jadi yang terbaik. Apa lagi, jom kita mulakan sekarang!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...